Friday, 29 August 2014

:: Badai Tanpa Dijemput::

salam alaik.

malam ni aku terkejut bila di "stalk" oleh seseorang yang aku tidak kenali di facebook.
YA! yang pasti dia adalah lelaki.
SEMUA gambar aku dia LIKE?!! okeh ni tipu.
acely hampir 20 gambar aku dia like. huhuhu berderet nama dia!

alhamdulillah aku frend dengan dia dan aku boleh "usha" siapa dia.
tapiiiii.
aku tak kenal pon sebenarnya siapa dia.
yang aku pasti dia budak Pulau Pinang. (erm tengok profile huhuhu)

on the spot! bagi taw MH sal stalker tak diundang tuh.
tibe2 emmmmmmm
BADAI MELANDA.
dia yang dah lama tak panggil aku dengan panggilan NAMA sahaja
malam ni terus panggil aku T#@& (nama aku la :P)
entah kenapa la mood dia malam ni.

emmm.
sekejap ok. sekejap tak ok.
dan aku sangat tak faham kenapa perlu ada perasaan BOSAN dalam diri seorang lelaki?

Jika dia sayang, dia terima seadanya
Jika dia ikhlas, dia faham sesebuah hubungan itu ada turun naiknya.
Hubungan yang mana tiada badai?
ada kalanya menangis, ketawa, marah, terasa, kecewa
seharusnya semua perasaan tuh dikongsi

ya.
aku tahu kami belum ada ikatan yang sah.
namun,
perasaan BOSAN seharusnya tidak wujud dalam kamus hidup dia sebagai seorang lelaki yang ingin BERTANGGUNGJWAB atas seorang perempuan.

walhal, jika kami sudah bernikah sekali pon,
patut kah perasaan itu muncul dalam diri dia???
tak kan...
sebab itu lah orang kata bercinta selepas nikah tuh indah.
tapi aku yakin tak semua.

Allah menguji seseorang itu kerana tahap kekuatan dia diketahui oleh Tuhannya.
aku redha.
aku terima
jika ini adalah ujian untuk aku harungi dalam perhubungan yang tiada ikatan ini..
tak apa lah.

insyaAllah jika ada jodoh pasti Allah temukan.
aku kene belajar sabar.
walaupon dia ....sama seperti lelaki yang pernah aku kenali...
Faris Iraqi..
seorang yang aku sayang dahulu kala.
tapi menghancurkan perasaan aku smpai aku tak mampu terima sesiapa.

entah kenapa Allah buka hanti ini untuk menerima MH seadanya. tak apa lah.
setakat ni aku mampu hadap.
menangis pon tak guna. sebab benda dah jadi. apa silap aku wallahualam.

aku tak nak fikir yang bukan-bukan.
insyaAllah aku beri dia peluang dan masa untuk berubah.
semoga Allah bukakan pintu hati MH buat ku.
aamiin.



....... sebenarnya aku dah penat..aku lemah...aku putus asa.....
:(

Lelaki macho bukan lelaki stylo, lelaki cool bukan lelaki mulut manis berkereta hebat, bekerjaya mantap..bukan. Tapi lelaki yang cool, paling macho, paling tampan dan hebat adalah hanya kerna dia mampu jadi Imam!

Lelaki adalah PEMIMPIN kepada keluarga. Lelaki yang mampu menjadi Imam kepada keluarganya bukan sahaja akan berusaha gigih membentuk diri sebagai seorang mukmin yang sejati, tetapi beliau juga tidak akan lupa untuk membawa keluarganya ke gerbang kejayaan hakiki..iaitu SYURGA! ~~~

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”

(Surah al-Furqan ayat 74)

#copyPaste dari seorang sahabat.

sekian.

No comments: